Teaser

Jam digital yang tentera di skrin handphone-ku menunjukkan tepat 5.45 pagi. Cahaya yang menyilau di dalam kelam menyebabkan mataku mengecil, segera aku menekankan punat ‘stop’ untuk menghentikan alarm. Cepat-cepat aku menarik semula selimut menutup seluruh mukaku. ‘lagi 15 minit, please’ hatiku berdetik.

“Jannah, pukul 6 dah” Sedikit tersentak aku mendengarnya. Baru kurasa sesaat lalu aku menyambung tidur, entah bila jam 6 menghadirkan diri.
Lantas tuala mandi kucapai dan bergegas menuju ke bilik air. “Thanks Eu kejutkan,” ucapku ringkas kepada Eu sebelum langkahku mencecah lantai bilik air.
Usai aku mengejarkan solat subuh dan menyiapkan diri, otakku ligat memikirkan item yang harus di bawa ke kolej hari ini. Aku memasukkan pencil case, kunci unit, dan handphone ke dalam beg. “Alahai lupa nak charge pulak,” kataku sendirian apabila melihat battery bars sudah nyawa-nyawa ikan. ‘Lagi satu, accounting text book jangan lupa bawak’ desisku.
Aku memulas tombol pintu bilik. Kelihatan Afiqah sedang memperkemas ikatan tali kasutnya, bersedia untuk turun menunggu bas. “ Okay, kita pergi dulu ea” Tutur Afiqah memecah kesunyian unit kami. Sejurus kemudian, Afiqah hilang di sebalik muka pintu.
“ Wani, kita turun 6.40 okay?” Syazwani mengangguk kecil tapi pandangan matanya tidak lepas daripada menelaah buku teks kimia. “Awak ada chemistry test ke?” soalku ringkas. “A’aa, tapi semalam memang langsung tak boleh nak baca, tidur awal” ujarnya. “Okay, goodluck,” kataku sambil memberi sentuhan terakhir ke atas tudungku. Aku mencapai beg galas, “ Nak turun dah ke?” tanya Syazwani. Beg galas miliknya segera disandang, buku kimia dipengangnya rapi. “ Jomlah turun, 6.40 dah” aku berbasa basi. “Debra, I turun dulu ea. Bye Eu!!” lambaian suaraku kepada Eu yang masih di dalam bilik. “Bye Jannahhhhhh!” dari jauh kedengaran suara Eu sebelum aku bergerak menuju lift. Sempat aku melambai tangan dan mengukir senyum kepada Nabila yang sedang mencuci mug dari tingkap rumahnya.

************************************************************************************

Seperti yang telah dijangka, Natalieya dan Farhanah menjadi yang terawal tiba di library. Natalieya khusyuk berhadapan dengan komputer. Aku berteka-teki dia sedang menonton video di laman web youtube. Tekaanku tepat apabila mataku sempat mengerling ke arah skrin komputer Natalieya. MV Michael Buble barangkali.
Aku bingkas duduk di depan Farhanah yang fokus membaca kimia. Syazwani duduk di sebelah Farhanah, juga membaca kimia “ Tidur pukul berapa semalam, Fana?” aku memulakan bicara, beberapa saat berlalu masih tiada jawapan yang keluar dari mulut farhanah. Aku memandangnya. Ohhh baru aku sedar, Farhanah dalam dunianya sendiri mendengar lagu yang berkumandang dari IPOD kepunyaan adiknya. Tanpa ragu, aku menggoncang tangan farhanah, tanda protes inginkan jawapan. Farhanah segera memperlahankan lagu, “ Ha, apa dia?” tanya Farhanah dengan pandangan mata yang layu, pandangan yang sama setiap hari dan ketika. Pandangan kurang tidur jika diizharkan. “ kita tanya semalam awak tidur pukul berapa?” soalku sambil menyelak helaian buku Calculus and Vectors. “awal” jawab Farhanah sepatah. “Awal tu pukul berapa?” tanyaku lagi. “Hmm, Wani awak tahu tak macam mana nak buat soalan ni?” soalanku dibiar tidak berjawab, tumpuan Farhanah kini beralih kepada Syazwani.
Natalieya datang ke arah kami dan melabuhkan tubuhnya seraya meletakkan headphone library di atas meja. “Kau buat apa tu Jannah?” soalan tipikal Natalieya muncul. “Baca Calculus and vectors, tapi kena tunggu Fatiha kot, sebab banyak yang tak faham,” Natalieya mengangguk laju lalu berkata lagi, “oh, aku mau pinjam buku, tolong tengokkan dompet dengah handphone aku ni,”. “ Okay, letak je situ,”. Aku meneruskan pembacaan. Kadang-kadang aku fokus dengan apa yang dibaca, kadang-kadang tak.
Bosan menjelma. Aku segera mencapai handphone. jari –jemariku pantas menaip satu pesanan yang berbunyi,
“Amni, esk aku ada quiz calculus. Say sumthin yg boleh menyebabkan aku rasa ok. Malam ni aku call kau”
Aku menekan punat ‘send to’, aku scroll down mencari nama amni bahirah. “Send to Amni Bahirah Mohd Rodzi?” aku megiakan dan menekan “Yes”.
“Kita pergi class dulu,” Syazwani bersuara. “Okay, goodluck wani” senyuman ikhlas terpancar dari rautku. “Thanks Jan, bye”. Munirah dan Amal tiba di library. Mata mereka meliar mencari mana-mana komputer yang masih kosong untuk digunakan. “ Celah manalah aku nak cari komputer ni?” Amal mengeluh tiba-tiba. Munirah duduk lalu mengeluarkan novel Life of Pi. “ Cuba pergi tengok kat bilik komputer yang kat belakang tu,” cadangku kepada Amal. “Okaylah” balas Amal. “ I nak ikut you, mal,” Munirah bingkas bangun mengikuti Amal. Aku meneruskan pembacaanku, cuba untuk memahami subjek hisab ini. Tak lama selepas itu, Natalieya dan Farhanah pula menuju ke kelas Mr James. Aku tinggal di meja studi, masih menunggu kehadiran yang lain.
Sesekali aku dikejutkan dengan bunyi alarm alat pengimbas buku di library. Terkadang aku merasakan pengimbas library itu seakan bermasalah. Mana taknya, aku juga pernah menjadi mangsa (walaupun dah pinjam dengan cara yang betul). Rasa fobia melalui mesin pengimbas tu ada juga kerana rasa tak senang melihat pandangan makcik library (sesetengah daripada mereka) yang menganggap aku ni macam desperate nak mencuri buku di library.
Nadzirah, Fatiha dan Hajar melangkah masuk ke perkarangan library. Dari jauh aku melakar senyuman kepada mereka, senyum sapaan. Mereka pula memenuhi meja dan masing-masing mengeluarkan buku atau assignment yang harus disiapkan. “ Teha, macam mana nak buat soalan ni?” tanyaku kepada Fatiha, seorang rakan yang tak pernah jemu mengajar aku yang sangat tah apa-apa dalam calculus and vectors. “Hmm, oohh, soalan ni, um…” matanya seperti mencari sesuatu. “Nah,” segera aku menghulurkan sebatang mechanical pencil yang berwarna hijau. “ Conteng je dalam buku ni, Jannah tak kisah,” jawabku, seolah-olah tahu apa yang difikirkan Fatiha. Nadzirah yang berada di sebelah juga menumpukan perhatian kepada Fatiha. “ Terima kasih Teha. Hari ni Nad memang ada quiz calculus. Open book pulak tu. Miss Foo punya open book lagilah Nad takut,” jelas Nadzirah. Kata Nadzirah Miss Foo strict. Hajar dengan mata layu ala bunga tak cukup kembang di taman mencelah, “Ms Joanne okay je, tapi dia bagi banyak homework,”.
“Syaza mana?” soalku pendek kepada Nadzirah. “ Kejap lagi sampailah tu, dia naik bas lepas Nad dengan Teha”. Tak sampai 10 minit, Syaza muncul di library. Paras Syaza mesti ceria, itu yang aku perasan setiap hari. Irfan entah dari mana tiba-tiba menyusul di meja kami.

Leave a Reply

...

...